Selasa, 27 April 2010

Nur Muhammad Saaw #1


Nur Muhammad Saaw #1

Tahun Gajah, 12 Rabi`ul Awwal, lahirlah Junjungan s.a.w. ke alam nyata. Kelahiran yang menjadi rahmat bagi sekalian alam. Allah jadikan alam ini semata-mata kerana hendak menzahirkan rahmatNya ini bagi sekalian alam. Jika bukan kerana Junjungan s.a.w. nescaya alam ini tidak diciptakan Allah s.w.t.
Roh Junjungan s.a.w. merupakan seawal-awal makhluk yang diciptakan Allah, menurut keterangan bukan seorang tetapi ramai ulama dari kalangan pemuka Ahlus Sunnah wal Jama`ah (i.e. bukannya Syiah sebagaimana tuduhan penderhaka Wahhabi). Sebelum itu apa itu roh ? Ianya adalah rahsia Allah, tiada siapa yang tahu hakikatnya selain Allah. Roh inilah yang digelar, disebut dan dipanggil dengan berbagai nama kemuliaan seperti "An-Nurul Muhammadiy", "Nur Muhammad", Haqiqatul Muhammadiyyah" dan sebagainya. Al-Amir 'Abdul Qadir al-Jazaairi dalam kitabnya "al-Mawaqif" pada mawquf yang ke-89 telah menyenaraikan banyak lagi gelar dan nama panggilan tersebut.
Ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang berpegang kepada konsep Nur Muhammad ini telah memberikan tafsiran yang sekali-kali tidak bercanggah dengan 'aqidah dan syariah Islam serta disandarkan kepada dalil-dalil yang boleh dipegangi. Secara ringkasnya mereka berpegang bahawa:-
  1. Nur Muhammad adalah makhluk yang diciptakan Allah paling awal di alam arwah dan merupakan roh Junjungan s.a.w.
  2. Nur Muhammad ini dicipta daripada nur yang juga dicipta dan dimiliki Allah, yang mana hakikatnya tidak diketahui kerana ianya merupakan ilmu Allah s.w.t. semata-mata dan bukanlah erti "nur" itu cahaya atau sinar seumpama cahaya matahari atau lampu yang merupakan lawan bagi kegelapan atau sesuatu yang boleh menerima kegelapan.
  3. Nur Muhammad inilah yang menjadi asal atau benih atau dengan kata lain menjadi sebab bagi kewujudan sekalian makhluk lain.
Antara ulama tersohor lagi muktabar yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah (i.e. Wahhabi tak pakai le) ialah Syaikhul Islam Ibrahim al-Baijuri/al-Bajuri rhm. Ulama besar yang menjadi Syaikhul Azhar, pengarang berbagai kitab pegangan antaranya yang masyhur "Hasyiah al-Bajuri 'ala Ibni Qasim al-Ghazi" dalam fiqh Syafi`i. Dalam kitab tawhidnya "Tuhfatul Murid 'ala Jawharatit Tawhid", mukasurat 80, beliau menyatakan:-
  • "Dan yang tahqiqnya ialah bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. diutuskan kepada sekalian para nabi dan umat-umat terdahulu, akan tetapi dii'tibarkan pada alam arwah kerana sesungguhnya roh baginda telah diciptakan sebelum segala arwah yang lain...."
Jadi roh Junjungan s.a.w. adalah paling awal dicipta di alam arwah dan telah pun mencapai darjat rasul dan nabi di mana segala arwah lain dari segala nabi dan umat-umat mereka dikehendaki untuk mengakui dan menerima kerasulan dan kenabian Junjungan s.a.w. tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan firmanNya : "Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya...." (Surah Saba` : 28).
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.

Cahaya Rasul Saaw


Sholawat itu amalan yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim yang mengaku dirinya pengikut dan umat Rasul teragung ini. Para ulama dan shulaha` sentiasa memperingatkan kita untuk banyak-banyak bersholawat ke atas Rasul Junjungan s.a.w. Mereka yang memperbanyakkan sholawat akan memperolehi manfaat dan kelebihan yang besar daripada Rabbul Jalil azza wa jalla. Buat nukilan sempena hari yang berkat ini, aku nukilkan tulisan Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz bin Zainuddin al-Malibari dalam kitabnya "Irsyadul 'Ibaad ilaa Sabiilir Rasyaad". Syaikh Zainuddin ini adalah anak murid Imam Ibnu Hajar al-Haitami dan beliau adalah ulama Syafi`i yang besar dan merupakan pengarang kitab "Fathul Mu`in" yang masyhur. Pada halaman 65 kitab tersebut beliau menulis:-

Dalam kitab "Syaraful Musthofa" bagi Abu Sa`id dinyatakan bahawa satu ketika sedang Sayyidatina 'Aisyah r.'anha menjahit di waktu sahur, jarumnya terjatuh dan lampu rumahnya terpadam. Kemudian masuk Junjungan Nabi s.a.w. dalam rumahnya maka bercahayalah rumah tersebut dengan cahaya baginda s.a.w. sehingga Sayyidatina 'Aisyah r.'anha dapat mencari dan mendapat semula jarumnya yang jatuh tadi. Sayyidatina 'Aisyah r.'anha berkata: "Alangkah bersinarnya wajahmu, wahai Rasulallah." Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: "Kebinasaanlah bagi sesiapa yang tidak dapat melihatku." Sayyidatina 'Aisyah r.'anha bertanya: "Siapa yang tidak dapat melihatmu?" Junjungan s.a.w. menjawab: "Orang bakhil." Sayyidatina 'Aisyah r.'anha bertanya lagi: "Siapakah orang bakhil?" Junjungan Nabi s.a.w. menjawab: "Orang yang tidak bersholawat ke atasku apabila mendengar namaku."

Kisah yang serupa juga disebut dalam "Nafahatul Miskiyyah" yang diterjemah oleh Fadhilatul Ustaz Taha as-Suhaimi dengan jodol "Hembusan Kasturi", di mana pada halaman 20 dinyatakan:-

Telah diriwayatkan daripada Sitti 'Aishah bahawa ia telah berkata: "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahor (suboh sebelum fajar) maka jatuhlah jarum daripada tanganku tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah padaku Rasulullah s.a.w. maka aku telah dapat memungut jarum itu daripada cahaya wajahnya, lalu aku berkata: "Hai Rasulullah, alangkah bercahaya wajahmu," dan seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada Hari Kiamat?" Jawab Rasulullah: "Orang yang bakhil (lokek)." Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab Rasulullah: "Alladzi dzukirtu 'indahu fa lam yushalli 'alayya" ertinya "Dialah orang yang ketika disebut namaku di sisinya ia tiada mengucapkan selawat bagiku."

Allahu ... Allah, bertuahlah sesiapa yang memandang dan mengambil manfaat dengan cahaya Junjungan Nabi s.a.w. Siti 'Aisyah sebagaimana segala sahabat semuanya memandang dan melihat cahaya nubuwwah pada diri Junjungan s.a.w. dan mereka mendapat manfaat bagi kehidupan duniawi dan ukhrawi dalam mencapai redha Ilahi. Sedangkan Abu Lahab yang dahulunya saban hari melihat dan memandang Junjungan s.a.w. telah gagal melihat dan memanfaatkan cahaya tersebut kerana Abu Lahab hanya melihat Muhammad si anak yatim dan bukannya Muhammad Rasulullah s.a.w. Lalu bagaimana pandangan kita terhadap Junjungan Nabi s.a.w.? Mudah-mudahan kita memandang baginda sebagaimana para sahabat memandangnya.

Allahumma sholli wa sallim 'alaihi wa 'ala alihi wa ashhabih.

Cahaya Rasul Saaw



Sholawat itu amalan yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim yang mengaku dirinya pengikut dan umat Rasul teragung ini. Para ulama dan shulaha` sentiasa memperingatkan kita untuk banyak-banyak bersholawat ke atas Rasul Junjungan s.a.w. Mereka yang memperbanyakkan sholawat akan memperolehi manfaat dan kelebihan yang besar daripada Rabbul Jalil azza wa jalla. Buat nukilan sempena hari yang berkat ini, aku nukilkan tulisan Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz bin Zainuddin al-Malibari dalam kitabnya "Irsyadul 'Ibaad ilaa Sabiilir Rasyaad". Syaikh Zainuddin ini adalah anak murid Imam Ibnu Hajar al-Haitami dan beliau adalah ulama Syafi`i yang besar dan merupakan pengarang kitab "Fathul Mu`in" yang masyhur. Pada halaman 65 kitab tersebut beliau menulis:-


Dalam kitab "Syaraful Musthofa" bagi Abu Sa`id dinyatakan bahawa satu ketika sedang Sayyidatina 'Aisyah r.'anha menjahit di waktu sahur, jarumnya terjatuh dan lampu rumahnya terpadam. Kemudian masuk Junjungan Nabi s.a.w. dalam rumahnya maka bercahayalah rumah tersebut dengan cahaya baginda s.a.w. sehingga Sayyidatina 'Aisyah r.'anha dapat mencari dan mendapat semula jarumnya yang jatuh tadi. Sayyidatina 'Aisyah r.'anha berkata: "Alangkah bersinarnya wajahmu, wahai Rasulallah." Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: "Kebinasaanlah bagi sesiapa yang tidak dapat melihatku." Sayyidatina 'Aisyah r.'anha bertanya: "Siapa yang tidak dapat melihatmu?" Junjungan s.a.w. menjawab: "Orang bakhil." Sayyidatina 'Aisyah r.'anha bertanya lagi: "Siapakah orang bakhil?" Junjungan Nabi s.a.w. menjawab: "Orang yang tidak bersholawat ke atasku apabila mendengar namaku."
Kisah yang serupa juga disebut oleh Kiyai Agung dalam "Nafahatul Miskiyyah" yang diterjemah oleh Fadhilatul Ustaz Taha as-Suhaimi dengan jodol "Hembusan Kasturi", di mana pada halaman 20 dinyatakan:-

Telah diriwayatkan daripada Sitti 'Aishah bahawa ia telah berkata: "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahor (suboh sebelum fajar) maka jatuhlah jarum daripada tanganku tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah padaku Rasulullah s.a.w. maka aku telah dapat memungut jarum itu daripada cahaya wajahnya, lalu aku berkata: "Hai Rasulullah, alangkah bercahaya wajahmu," dan seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada Hari Kiamat?" Jawab Rasulullah: "Orang yang bakhil (lokek)." Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab Rasulullah: "Alladzi dzukirtu 'indahu fa lam yushalli 'alayya" ertinya "Dialah orang yang ketika disebut namaku di sisinya ia tiada mengucapkan selawat bagiku."

Allahu ... Allah, bertuahlah sesiapa yang memandang dan mengambil manfaat dengan cahaya Junjungan Nabi s.a.w. Siti 'Aisyah sebagaimana segala sahabat semuanya memandang dan melihat cahaya nubuwwah pada diri Junjungan s.a.w. dan mereka mendapat manfaat bagi kehidupan duniawi dan ukhrawi dalam mencapai redha Ilahi. Sedangkan Abu Lahab yang dahulunya saban hari melihat dan memandang Junjungan s.a.w. telah gagal melihat dan memanfaatkan cahaya tersebut kerana Abu Lahab hanya melihat Muhammad si anak yatim dan bukannya Muhammad Rasulullah s.a.w. Lalu bagaimana pandangan kita terhadap Junjungan Nabi s.a.w.? Mudah-mudahan kita memandang baginda sebagaimana para sahabat memandangnya.

Allahumma sholli wa sallim 'alaihi wa 'ala alihi wa ashhabih.

Rabu, 21 April 2010

Qosidah Ta antuka

هذه القَصدَة الحَبيب عَبْدُ الله بن عَلوي الحَدَّاد

قَدِ اسْتَعَنْتُكَ رَبِّي عَلَى مُدَاوَاةِ قَلْبِى

وَحَلِّ عُقْدَةَ كَرْبِي فَانْطُرْإِلَىالْغَمِّ يَنْجَالْ

Sungguh aku telah memohon pertolongan Mu Wahai Penciptaku untuk mengobati penyakit hatiku dan melepaskan ikatan ikatan kesulitanku, maka lihatlah dan pandanglah dengan kasih sayang Mu kepada kegelisahanku yang berkobar.

يَارَبِّ يَاخَيْرَ كَافِي اُحْلُلْ عَلَيْنَا الْعَوَافِي

فَلَيْسَ شَيْء ثَمَّ خَافِِي عَلَيْكَ تَفْصِيْل وَإِجْمَالْ

Wahai Penciptaku, Wahai sebaik-baik yang mencukupi hamba-Nya limpahkanlah atas kami kesembuhan-kesembuhan (kesembuhan hati dan jasmani) hingga tidak tersisa sedikitpun, atas-Mu lah segala perincian dan ringkasan masalah.

يَارَبِّ عَبْدُكَ بِبَابِكَ يَخْشَى أَلِيْمَ عَذَابِكَ

وَيَرْتَجِي لِثَوَابِكَ وَغَوْثُ رَحْمَتِكَ هَطَّالْ

Wahai Pencipta hamba-Mu tegak di pintu-Mu, merisaukan pedihnya siksa dan sangat mengharapkan ganjaran dan derasnya Rahmat-Mu yang sangat lebat.

وَقَدْ أَتَاكَ بِعُذْرِهِ وَبِانْكِسَارِهِ وَفَقْرِهِ

فاهْزِمْ بِيُسْرِك عُسْرِهِ بِمَحْضِ جُوْدِك وَالإفضالِ

Dan hamba-Mu telah dating kepada-Mu dengan kehinaan dan segala kelemahan dan dengan hati yang hancur dan dengan kemiskinannya. Maka musnahkanlah dengan kemudahan-Mu segala kesulitannya dengan limpahan kemurahan-Mu dan anugrah-Mu yang agung.

وَامْنُنْ عَلَيْهِ بِتَوْبَةٍ تَغْشِلْهُ مِنْ كُلِّ حَوْبَةٍ

وَاعْصِمْهُ مِنْ شَرِّ أَوْبَةٍ لِكُلِّ مَا عَنْهُ قَدْ حَالْ

Dan anugerahkanlah kepadanya taubat dengan siraman yang memandikannya dari setiap kotoran. Dan lindungilah ia dari keburukan tempat kembali, dari apa yang telah menimpanya dari segala kehinaan.

فَأَنْتَ مَوْلَىالْمَوَالِي اَلْمُنْفَرِدُ بِالْكَمَا لِ

وَبِالْعُلاَ وَالتَّعَالِي عَلَوْتَ عَنْ ضَرْبِ اْلأَمْثَالْ

Maka Engkau adalah raja dari para raja yang tunggal dalam kesempurnaan. Dan dengan segala ketinggian dan keluhuran maka engkau telah teragungkan dari segala yang dicontohkan atas-Mu.

جُوْدُكَ وَفَضْلُكَ وَبِرُّكَ يُرْجى وَبَطْشُكَ وَقَهْرُكَ

يُخْشَى وَذِكْرُكَ وَشُكْرُكَ لاَزِمُ وَحَمْدُكَ وَاْلإِجْلاَ لْ

Kemurahan-Mu, Anugerah-Mu dan kasih sayang-Mu sangat diharapkan, dan kemurkaan-Mu serta kemarah-Mu sangat dirisaukan, maka mengingat-Mu dan bersyukur kepada-Mu merupakan kewajiban demikian pula pujian kepada-Mu dan pengagungan atas-Mu.

يَارَبِّ أَنْتَ نَصِيْرِيْ فَلَقِّنِيْ كُلَّ خَيْرِيْ

وَاجْعَلْ جِنَانَكَ مَصِيْرِيْ وَاخْتِمِ بِاْلإِيْمَانِ اْلاجَالِ

Wahai pencipta, Engkau adalah penolongku maka pertemukanlah aku kepada setiap perlakuan baikku, jadikanlah surga-Mu sebagai tempat kembaliku dan jadikanlah akhir hidupku dengan keimanan.

وَصَلِّ فِي كُلِّ حَالَةٍ عَلَىمُزِيْلِ الضَّلاَ لَةِ

مَنْ كَلْمَتْهُ الْغَزَالَةَ مُحَمَّدِ اهَادِيِ الدَّالِ

Dan shalawat pada setiap keadaan-Nya ats penghapus segala kebhatilan (SAW) yang telah berbicara kepada seekor kijang, Muhammad pemberi hidayah dan petunjuk.

وَالْحَمْدُ لِلَّهِ شُكْرًا عَلَى نِعَمِ مِنْهُ تَتْرًى

نَحْمَدُهُ سِرًّا وَجَهْرًا وَبِالْغَدَايَا وَاْلأَصَالِ

Dan segala puji bagi Allah dan syukur atas ni’mat-ni’mat-Nya yang berlimpah, kami memuji-Nya dengan sembunyi-sembunyi dan terang-terangan pada pagi dan sore.

Kami tidak lebih hanya para musafir kecil. Berjalan Keluar masuk melewati jalan-jalan di belantara mazhab. Di sini berhati-hatilah, siapa saja bisa tersesat dan berputar-putar dalam kesia-siaan. Banyak papan nama, baik yang baru dipasang atau yang sudah lama ada. Memilih jalan ini begitu mudah dan bahkan membanggakan bagi siapa saja yang tidak teliti. Akhirnya yang kami pilih adalah jalan dengan 'papan nama' yang sudah ada sejak lama. Inilah jalan kami, jalan ahlu al-sunnah wa al-jama'ah, jalan konservative, jalannya para pendahulu yang telah merintis dan menempuh jalan estafet dari Rasulullah SAW. Adapun jalan dengan papan nama yang baru dipasang kami ucapkan selamat tinggal. Biarkan kami memilih jalan ini, jalan tradisi Islam turun temurun yang sambung menyambung sanad: murid dari guru, dari guru, dari guru.... dari salafuna Shalih, dari tabi'ut tabi'in, dari tabi'in, dari sahabat, dari rasulullah Saw.
Inilah jalan kami.... Ahlussunnah Waljama'ah